SELAMAT DATANG 欢迎分享

Wednesday 30 November 2011

Pembentukan Sistem Suria

Hipotesis pembentukan Sistem Suria kini ialah hipotesis nebula, pertama kali diusulkan pada 1755 oleh Immanuel Kant dan dirumuskan oleh Pierre-Simon Laplace secara berasingan[6].

Teori nebula ini mengatakan bahawa Sistem Suria terjadi akibat kemusnahan graviti awan gas yang dipanggil nebula suria. Ia mempunyai diameter 100 AU dan berjisim 2-3 kali jisim Matahari. Kemudian, satu gangguan (mungkin supernova berhampiran) memampatkan nebula, menolak jirim ke dalam sehingga daya graviti mengatasi tekanan gas dalaman dan ia mula runtuh. Apabila nebula itu runtuh, keabadian momentum sudut bermakna ia berputar semakin laju dan semakin panas. Campuran daya-daya graviti, tekanan gas, medan magnet dan putaran menyebabkan nebula yang mengecut itu mula mendatar menjadi cakera protoplanet berputar dengan protobintang yang mengecut di tengah.

Daripada awan serta gas dan debunya, pelbagai planet terjadi. Sistem suria dalaman terlalu panas untuk molekul mudah ruap seperti air dan metana untuk memeluwap, jadi planetesimal yang terbentuk di situ agak kecil (cuma 0.6% dari jisim cakera) dan terdiri dari sebatian dengan takat lebur tinggi seperti silikat dan logam. Badan berbatu ini kemudiannya menjadi planet terestrial. Lebih jauh, kesan graviti Musytari mengakibatkan objek protoplanet tidak boleh bersatu, dan ini menjadi lingkaran asteroid. Musytari dan Zuhal menjadi gergasi gas, manakala Uranus dan Neptun lebih kecil dan dikenali sebagai gergasi ais kerana teras keduanya dipercayai terdiri daripada ais, ataupun sebatian hidrogen.

Gergasi gas tersebut cukup besar untuk mengekalkan "atmosfera primer" yang terdiri daripada hidrogen dan helium yang ditarik dari nebula suria di sekeliling. Planet terestial pula akhirnya hilang atmosfera ini, dan kemudiannya menghasilkan "atmosfera sekunder" melalui aktiviti gunung berapi, hentaman komet, dan dalam kes Bumi, adanya kehidupan.

Selepas 100 juta tahun, tekanan dan ketumpatan hidrogen di tengah nebula runtuh menjadi cukup besar untuk protomatahari tersebut memulakan pelakuran termonuklear, yang akan berterusan sehinggalah keseimbangan hidrostatik diperolehi. Angin suria Matahari baru itu kemudiannya membersihkan semua gas dan debu dalam cakera protoplanet dengan meniupnya ke ruang antara najam, dan demikian mengakhiri pertumbuhan planet.

No comments:

Post a Comment