SELAMAT DATANG 欢迎分享

Wednesday 7 December 2011

Perkembangan Teknologi ( Definisi Teknologi Hijau )


Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.



Kita perlu mencintai bumi yang kita huni walaupun kita melangkah ke dunia teknologi.

Saturday 3 December 2011

Perkembangan Teknologi (Kebaikan dan keburukan teknologi)


Kebaikan Teknologi

-Membolehkan kita melakukan kerja lebih cepat dan lebih mudah.
-Membolehkan kita bercakap dan menghantar maklumat kepada  
 seseorang yang berada jauh dari tempat kita.
-Membolehkan kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat
 dengan lebih cepat dan lebih mudah.
-Meningkatkan tahap kesihatan.


Keburukan Teknologi

-Pencemaran udara
-Kepupusan haiwan dan tumbuhan.
-Kehilangan nyawa dalam peperangan.
-Pengurangan sumber semulajadi.





Teknologi perlu digunakan dengan bijak supaya dapat memberi manfaat kepada manusia dan bumi tersayang kita.


Perkembangan Teknologi (Komputer)




Komputer generasi pertama ( 1940-1959 ).

Komputer generasi pertama ini menggunakan tabung vakum untuk memproses
dan menyimpan data. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar, oleh karena itu
beribu-ribu tabung vakum diperlukan untuk menjalankan operasi keseluruhan komputer.
Ia juga memerlukan banyak tenaga elektrik yang menyebabkan gangguan elektrik di
kawasan sekitarnya.










Kepentingan Komputer


  • Untuk memproses dan menyimpan data atau maklumat.


  • Untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan berita semasa.


  • Untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di


  •    dalam bilik darjah.

  • Untuk memudahkan pelajar berkomunikasi secara maya dengan


  •    guru mahupun rakan-rakan.

  • Untuk dijadikan alat mengulang kaji pelajaran.


  • Untuk memberikan hiburan dan kegembiraan kepada pelajar.


  • Menjadi bahan penyebar dakwah kepada pelajar.
  • Perkembangan Teknologi (Pengangkutan)

    Sebelum kedatangan kenderaan bermotor, jalan-jalan di negara kita hanyalah lorong-lorong kecil dan denai-denai



    Lakaran gambar menunjukan bagaimana anok diikat pada lembu, kemudian diletakkan guni padi. Kekuatan lembu inilah digunakan oleh para petani untuk mengangkut guni padi menggunakan anok.

    
    Gambar menunjukan kereta kuda yang digunakan untuk membawa penumpang pada masa dahulu.

    Gambar menunjukan lanca yang ditarik oleh seorang yang gagah dan kuat.


    Beca roda tiga, kusyennya diperbuat daripada sabut kelapa dan dilengkapi dengan penyandar. Beca digunakan untuk membawa dua penumpang dewasa dan seorang atau dua orang kanak-kanak. Bumbungnya diperbuat daripada kanvas yang boleh dibuka atau ditutup mengikut keperluan. Beca masih lagi digunakan di sekitar bandar Alor Setar untuk jarak terdekat 3 km.


    Basikal yang digunakan oleh posmen untuk menghantar surat pada tahun 1950an.



    Rolls-Royce adalah motokar pertama yang dikeluarkan Britain pada tahun 1909. Kereta ini mempunyai rekabentuk yang panjang dan mampat. Kereta yang digunakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. Akhir sekali, kereta ini digunakan sebagai kereta khas untuk membawa Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Asing ke Istana Negara untuk menyerahkan surat tauliah mereka kepada Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong sebelum diserahkan kepada Muzium Negara oleh Jabatan Kerja Raya

    Bahan Asli dan Bahan Sintetik

    Bahan Asli
    -boleh ditemui di persekitaran.
    -berasal daripada : tumbuhan:kayu, getah, kapas
                                : haiwan: bulu, sutera, kulit
                                : batuan: tanah, logam


    Bahan Sintetik
    -dibuat oleh manusia.
    -berasal daripada : proses bahan kimia plastik
                                : kain sintetik:nyon, rayon, polyester, satin

    Jumlah bahan asli terhad dan akan kehabisan. Oleh itu, kita perlu memulihara kedua-dua bahan asli dan bahan sintetik.

    Cara mengitar semula bahan buangan

    -asingkan bahan buangan mengikut jenis.
    -letak secara berasingan di dalam tong kitar semula.
    -tong kitar semula mempunyai 3 warna
                 :biru untuk kertas
                 :perang untuk kaca
                 :jingga untuk plastik/aluminium

    Kuantiti Fizik (Pengukuran)

    Ukuran Panjang

    Definisi panjang=Jarak antara dua titik.

    Unit Ukuran zaman dahulu:

    -Depa
    -Hasta
    -Jengkal
    -Tapak kaki

    Alat mengukur:

    -Pembaris
    -Pita ukur
    -Tali(ukurlilit objek bulat)

    Unit Piawai:

    -milimeter(mm)
    -centimeter(cm)
    -meter(m)
    -kilometer(km)

    Besar atau Kecil

    Definisi luas=Besar sesuatu permukaan.

    Cara mengira luas:

    Luas= panjang x lebar

    Ukuran piawai:

    -square milimeters
    -square centimeters
    -square meters
    -square kilometers
    Isipadu Pepejal
    Definisi isipadu:Besar sesuatu ruang.


    Cara mengira isipadu:

    Isipadu= panjang x lebar x tinggi

    Unit piawai:

    -cubic milimeters
    -cubic centimeters

    -cubic meters
     Kepentingan unit piawai

    Unit piawai dapat menhukur dengan tepat dan jitu.

    




    Isipadu Cecair

    Alat mengukur:

    -Bikar
    -Measuring jug
    -Measuring cyclinder

    Unit piawai:

    -mililiter(ml)
    -liter(l)


    Friday 2 December 2011

    Hidupan dan Proses Hidup (Kitaran Hidup Haiwan)

                          Peringkat Kitaran Hidup Seekor Katak

    Peringkat Kitaran Hidup Seekor Rama-rama
     


    
    Peringkat Kitaran Hidup Seekor Ayam
    

    Hidupan dan Proses Hidup (Permulaan Kehidupan)


    Haiwan membiak dengan 2 cara:-melahirkan anak
                                          -bertelur

                                                         

                                                           

                                                            

    Hidupan dan Proses Manusia(Habitat Haiwan)




    Habitat Haiwan
    Gua

                                                                                Sarang
                                                                        Lubang Pokok
                                                                         Kandang
    Kolam

                                                                            Hutan

                 

    Kepelbagaian Hidupan dan Alam (Jawapan Latihan)

    JAWAPAN 

    Latihan 1 

    1.         Pokok keembung
                batang - tidak berkayu
                urat daun - jejala
                buah - berbuah
                bunga - berbunga
     
                Pokok jagung
                batang - tidak berkayu
                urat daun - selari
                buah - berbuah
                bunga - berbunga
     
    2.         akar serabut              urat daun jejala
     
                akar tunjang               urat daun selari
     
    3.         (a)       i.          Kumpulan A
                            ii.         Lumut tidak berbunga
     
    (b)   batang berkayu dan batang tidak berkayu / Urat daun selari dan urat daun jejala
     
    4.         (a)       i.          isi padu air
                            ii.         tempat kedua-dua bekas diletakkan
     
                (b)       jenis air / sumber air
     
                (c)        Air kolam lebih sesuai untuk pertumbuhan.
                            Air kolam lebih sesuai untuk pertumbuhan kerana
                            mengandungi lebih banyak garam mineral.
     

    Kepelbagaian Hidupan dan Alam(Latihan)

    Latihan 1 - Lembaran Kerja 1 (Sifat Fizikal Tumbuhan)


    1.
    Bezakan sifat-sifat fizikal dua jenis tumbuhan di bawah ini. Satu contoh telah diberi untuk kemudahan anda.

     

     
    Tumbuhan

    Sifat fizikal

    Akar
    Batang
    Urat daun

    Buah

    Bunga

    Pokok keembong
     
    Tunjang
     
     
     
     
    Pokok jagung
     
    Serabut
     
     
     
     

     

    2.
    Namakan jenis akar dan jenis urat daun dalam rajah di bawah ini.

     


      

    3.
    Jawab soalan-soalan berikut pada ruang yang disediakan.



    Kumpulan A

    Kumpulan B
    Cendawan
    Paku langsuyar
    Paku-pakis
    Kulat
    Pokok durian
    Pokok padi
    Pokok bunga raya
    Lalang

     

     
    (a)
    Jadual di atas menunjukkan pengelasan tumbuhan kepada dua kumpulan.

     
     
    i.
    Dalam kumpulan manakah anda dapat mengelaskan lumut?
     
    _________________________________________________

     
     

    ii.
    Mengapakah anda mengelaskan lumut dalam kumpulan tersebut?
     
    _________________________________________________

     
    (b)
     
    Tumbuh-tumbuhan dalam kumpulan B dapat dikelaskan kepada dua kumpulan lagi. Berdasarkan sifat apakah tumbuh-tumbuhan itu dikelaskan?
     
    _________________________________________________
     
    _________________________________________________

     
     

    4.
    Aini ingin menjalankan eksperimen untuk mengkaji sama ada air kolam atau air pili yang lebih sesuai untuk pertumbuhan sesudu itik.

     
    (a)
    Nyatakan dua pembolehubah yang harus dimalarkan dalam eksperimen ini.
     
    i.            _________________________________________________
     
    ii.            _________________________________________________
     
    (b)
    Nyatakan pembolehubah yang dimanipulasi dalam eksperimen ini.
     
    _________________________________________________
     
    (c)
    Ramalkan air yang lebih sesuai untuk pertumbuhan. Berikan inferens bagi jawapan anda.
     
    _________________________________________________
     
    _________________________________________________



    Kepelbagaian Hidupan dan Alam(Ciri-ciri Tumbuhan)

    Kepelbagaian Hidupan dan Alam(Rumusan)

    Kepelbagaian Hidupan dan Alam(Ciri-ciri Burung)




    Burung merupakan haiwan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan haiwan.

    Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah.

    Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut :-
    • Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
    • Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
    • Mempunyai sisik pada kakinya.
    • Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
    • Bernafas melalui peparu.
    • Berdarah panas.
    Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna.

    Kepelbagaian Hidupan dan Alam(Ciri-ciri Haiwan Amfibia)

    Amfibia tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan, mempunyai tulang belakang.

    Ciri-ciri haiwan amfibia adalah seperti berikut :-
    • Boleh hidup di darat dan di dalam air.
    • Mempunyai kulit yang lembap.
    • Bernafas melalui peparu dan kulit.
    • Bertelur di dalam air, telur tidak dilindungi oleh cangkerang.
    • Anaknya yang disebut berudu hidup di dalam air dan bernafas melalui insang.
    • Berdarah sejuk.
    Contoh-contoh haiwan  amfibia :-katak, kodok

    Kepelbagai Hidupan dan Alam (Ciri-ciri haiwan Mamalia)




    Mamalia tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan.

    Ciri-ciri haiwan mamalia adalah seperti berikut :-
    • Mempunyai saraf tunjang.
    • Bertulang belakang.
    • Mempunyai jantung.
    • Badan dilitupi oleh bulu.
    • Mempunyai cuping telinga.
    • Mempunyai kelenjar peluh.
    • Mamalia betina melahirkan dan menyusukan anak, kecuali mamalia yang sangat primitif seperti Platypus dan sesetengah Tenggiling.
    • Bernafas melalui peparu.
    • Berdarah panas (suhu badan tetap).
    Contoh-contoh haiwan mamalia :-