SELAMAT DATANG 欢迎分享

Wednesday 30 November 2011

Jarak Planet-planet daripada Matahari

 

 

 


 
Utarid ialah planet paling dekat dengan Matahari dan terkecil dalam sistem Suria kita. Dengan purata jarak sejauh 58 juta kilometer daripada Matahari, Utarid mengelilingi Matahari dalam 88 hari Bumi.
 Zuhrah ialah planet kedua daripada Matahari dan kadang kala ia dikenali sebagai “kembar” Bumi kerana kedua-dua planet ini hampir sama saiznya. Garis pusat Zuhrah lebih kurang 12,100 kilometer, hampir 644 kilometer lebih kecil daripada garis pusat Bumi. Dengan purata jarak sejauh 108 juta kilometer daripada Matahari, Zuhrah mengelilingi Matahari dalam 225 hari Bumi.
 Bumi ialah planet ketiga daripada Matahari dan tempat dimana kita semua hidup. Dengan jarak purata sejauh 150 juta kilometer daripada Matahari, Bumi mengelilingi Matahari dalam 365.25 hari.  
Marikh ialah planet keempat daripada Matahari dan salah satu jiran Bumi di angkasa. Dengan jarak purata sejauh 228 juta kilometer daripada Matahari, Marikh mengelilingi Matahari dalam 687 hari Bumi.
Musytari ialah planet kelima daripada Matahari dan planet terbesar dalam sistem Suria kita. Lebih kurang 11 kali lebih lebar daripada Bumi, Musytari mempunyai garis pusat sepanjang 142,984 kilometer. Dengan jarak purata sejauh 778 juta kilometer daripada Matahari, Musytari mengambil masa selama 11.86 tahun Bumi untuk mengelilingi Matahari.
Zuhal ialah planet keenam daripada Matahari dan planet kedua terbesar dalam sistem Suria kita. Zuhal mempunyai tujuh cincin nipis dan rata di kelilingnya yang terdiri daripada zarah-zarah ais bergerak mengelilingi planet ini. Dengan jarak purata sejauh 1.42 bilion kilometer daripada Matahari, Zuhal mengelilingi Matahari dalam masa 22.46 tahun Bumi.
 Uranus ialah planet ketujuh daripada Matahari. Ia merupakan planet paling jauh yang boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop. Dengan jarak purata sejauh 2.87 bilion kilometer daripada Matahari, Uranus mengambil masa selama 84 tahun Bumi untuk mengelilingi Matahari.
Neptun ialah planet kelapan daripada Matahari. Ia merupakan satu-satunya planet dalam sistem suria kita yang tidak boleh dilihat tanpa teleskop (tidak termasuk Pluto). Dengan jarak purata sejauh 4.49 bilion kilometer daripada Matahari, Neptun mengelilingi matahari dalam masa 165 tahun Bumi.  
Sejak penemuannya pada tahun 1930 hingga 2006, Pluto dianggap sebagai planet kesembilan dalam Sistem Suria kita. Tetapi, pada tahun 2006, Kesatuan Astronomikan Antarabangsa (IAU) menurun taraf Pluto kepada planet kerdil. Dengan jarak purata sejauh 5.87 bilion kilometer daripada Matahari, Pluto mengelilingi Matahari selama 248 tahun Bumi.

No comments:

Post a Comment