SELAMAT DATANG 欢迎分享

Wednesday 30 November 2011

Asteroid, Meteorit dan Komet


Gambar: Asteroid, Meteorit dan Komet

1.Meteoroid merupakan batuan berlogam yang pelbagai saiz yang terapung-apung di dalam sistem suria.
2. Meteoroid yang terapung dekat dengan permukaan Bumi akan ditarik oleh daya tarikan graviti Bumi.
3. Meteoroid yang mamasuki ruang atmosfera Bumi dipanggil meteor.
4. Geseran antara meteor dengan atmosfera Bumi akan menyebabkan meteor itu terbakar dan menghasilkan satu coretan cahaya dilangit. Meteor juga dikenali sebagai tahi bintang.
5. Kebanyakan Meteor habis terbakar sebelum sampai ke permukaan Bumi. Sisa Meteor yang berjaya sampai ke permukaan Bumi dipanggil meteorit.
6. Asteroid merupakan objek kecil yang terdiri daripada pelbagai saiz atau bentuk. Ia terdiri daripada campuran batuan dan logam.
7. Asteroid mengorbit matahari dan juga dikenali sebagai planet kecil.
8. Kebanyakan asteroid boleh di dapati bergerak dalam orbit yang berada di antara orbit planet Marikh dan Musytari.Kawasan ini dipanggil Jalur Asteroid.
9. Komet ialah ketulan ais yang terbentuk daripada campuran gas dan debu. Komet mengelilingi Matahari dalam orbit berbentuk elips yang besardan panjang. Komet mengambil masa yang lama untuk melengkapkan satu edaran mengelilingi Matahari disebabkan orbitnya yang besar.
10.
Komet kelihatan berkepala dan berekor yang berbara apabila mendekati matahari. Ini ialah kerana haba matahari akan meleburkan sebahagian ais komet menjadi gas dan debu. Komet kelihatan berbara kerana gasnya yang berpendarfluor memantulkan cahaya matahari yang menyinarinya.

No comments:

Post a Comment